WELCOME AND ENJOY

Agar kehidupan pada hari ini lebih bermakna pada hari mendatang.......

Monday, November 23, 2009

ANUGERAH ALLAH.......SEGALANYA MUNGKIN

Salam,

Sudah masuk minggu kedua,puteri sulungku asyik risau memikirkan keputusan UPSR.Pelbagai nasihat telahku berikan.Kita tunggu dan lihat.

Tarikh 19 November 2009 (Khamis),keputusan UPSR bakal diumumkan.Berdebar hatiku sebagai seorang ibu.Lebih kurang jam 11 pagi,kami berkumpul di dewan.Pelbagai reaksi ibu bapa,guru dan murid Tahun 6 SKSBS dapat diperhatikan.Aku cuba sebaik mungkin untuk mengawal perasaan. Doaku,biarlah puteriku mendapat yang terbaik memandangkan beliau sudah mencuba yang terbaik.Rajin membuat latihan dan mengulangkaji pelajaran tanpa disuruh kerana aku tahu puteriku suka mengikut 'mood'untuk belajar.

Seramai hanya 29 orang murid sahaja yang berjaya mendapat 5A. Aku terkejut dengan keputusan yang kurang baik berbanding tehun 2008,di mana seramai 56 orang mendapat 5A. Guru-guru kelas dipertanggungjawabkan untuk memanggil nama murid mengikut kelas.Masing-masing memperlihatkan wajah yang berbeza.Majoriti menangis kerana gembira dan duka.

Puteriku menunjukkan reaksi yang serba salah.Aku pun kurang pasti apakah keputusan yang diperolehi. Ayat keramat ini memecah kebuntuan "Mummy,Qistinna dapat 5A."Suaranya seolah tidak gembira.Tetapi itulah kebenarannya.Ya,Allah,SYUKUR!Aku menangis kegembiraan.Puteriku masih lagi tidak percaya.Pada malam itu,barulah puteriku dapat tersenyum gembira.Agaknya baru tersedar dari mimpi yang indah.Terima kasih,Allah.

Wednesday, October 14, 2009

PMR 2009

Hari-hari yang memenatkan.Bernasib baik kerana sekolah tempat pengawasan agak dekat dengan rumah,walaupun menghantar anak-anak seawal pagi sebelum ke pengawasan PMR.

Terdapat 2 orang calon yang ditempatkan di bilik isolasi.Seorang dijangkiti chicken pox dan seorang lagi demam.Kami bertujuh mengambil giliran berada di situ.Calon-calon lain ditempatkan di dewan dan bagi OKU mereka berada dalam bilik yang berasingan.

Keadaan terkawal sepanjang tempoh PMR.Beberapa pemerhatian dapat dibuat sepanjang menjadi pengawas PMR.Pertama,calon-calon dapat dibahagikan kepada 2 peringkat yang berbeza.Yang rela menunggu sehingga tamat masa exam,dan yang lain-lain telah berjanji dengan geng masing-masing tempoh masa untuk meninggalkan dewan.Bagi isyarat ketua bangun,yang lain pasti menyusul.

Telatah dan karenah yang kedua ialah masuk lambat ke dewan.Ini adalah kebiasaan bagi calon-calon terutama di sebelah petang.Tempat lepak ialah di JUSCO yang terletak berhampiran dengan sekolah.Bila ditegur buat muka tak bersalah.Yang paling menjadi ialah walaupun masuk lewat,tetapi tetap keluar awal.Inikah sikap generasi akan datang,bakal pemimpin negara?Dimanakah silapnya?

Monday, October 5, 2009

Satu kemestian

Kehidupan seorang guru tidak boleh lari dari menjadi seorang pengawas peperiksaan.Inilah dikatakan asam garam hidup.Walaupun hati berkata tidak.

Segalanya mungkin,walaupun hati sudah cemuh dan bosan.Bukan duit yang dipentingkan.Kerja bertimbun di sekolah ditinggalkan.Hati meronta untuk menyiapkan kerja,tetapi tugas lain dulu yang mesti didahulukan.ingat lagi kata seorang guru...kita guru-guru perempuan...bukan sahaja gurulogi...dapurlogi,keretalogi,kainlogi,penyapulogi,pingganlogi,lantailogi....banyak betul logi...

Monday, September 14, 2009

UPSR

Lebih kurang seminggu telah berlalu,Hasha Qistinna telah menduduki UPSR.Tak dapat digambarkan,betapa resahnya hati seorang ibu memikirkan pengalaman puteri sulung untuk melepasi ujian penting peringkat sekolah rendah.Malam sebelum UPSR mataku seakan degil untuk dilelapkan.Berjaga malam dan berfikir panjang.Apa-apapun,alhamdullilah segalanya berjalan lancar.

Hari ini mendapat 'complain' ikhlas,"Mummy,boringnya gi sek,cikgu tak mengajar."Fahamlah aku bagaimana perasaan itu.Tak terjumpa lak cikgunya untuk menanyakan aktiviti-aktiviti selepas UPSR.Seingatku semasa mengajar di sekolah rendah,penyelaras dan cikgu-cikgu Tahun 6 bertungkus lumus untuk menyempurnakan tugasan yang telah diberikan supaya setiap saat masa berlalu dapat diisi dengan sepenuhnya.Buat puteriku,sabarlah,mungkin cikgu-cikgumu belum lagi menjalankan aktiviti yang sepatutnya.

Sekejapnya waktu berlalu,belum pun puas menaip bait-bait ayat,sudah sampainya waktu untuk menjemput puteraku dari kelas fardhu ain dan puteri bongsuku dari TASKA.Waktu terluang dihabiskan di depan komputer yang seringkali menjadi rakan karib.

Friday, September 4, 2009

PERISTIWA SEMALAM

Ramadhan datang lagi.Pelbagai perancangan bermain di dalam minda.Berserabut pun ada,sedih pun ada.Sedih bila terkenangkan arwah-arwah datuk dan nenek yang sentiasa dirindui.Arwah datuk sebelah abah banyak mengajar dan memberi nasihat.Aku masih teringat pesanan arwah supaya rajin belajar.Begitu sayangnya pada cucu sulungnya ini.Aku rindu saat bercuti di rumah arwah yang terletak di Paya Purnama di Wakaf Mek Zainab,Kota Bharu.Waktu pagi merupakan waktu yang paling ditunggu.Segala permintaan cucu-cucu arwah sentiasa dipenuhi.Tugas ke pasar seawal pagi merupakan kebiasaan arwah.Kesukaanku...jagung rebus sentiasa tidak dilupakan.Terima kasih,tok ayah.Semasa arwah menghembuskan nafas kami sekeluarga ada bersama.Sebegitu cepat arwah meninggalkan kami.Belum puas bercerita panjang.

Semalam,mimpikan arwah nenek sebelah abah.Sampai mengalirkan air mata.Aku sendiri tak terkata.Dirasakan arwah masih lagi hidup.Dalam mimpi,masih sempat bercakap-cakap.Aku sendiri tak mengerti maksud mimpi ini.Arwah tok mek memberikanku buah labu untuk dibuat sira.Banyak betul labu yang diberikan.Dalam mimpi masih lagi tergambar dapur rumah tok mek.Di atas para-para,diambilnya buah-buah labu untuk diberikan kepadaku.Masih terkilan kerana semasa arwah meninggal dunia,kami sekeluarga tidak sempat pulang ke Kelantan.Pesanan abah supaya kami tidak perlu pulang,memikirkan perjalanan jauh yang perlu ditempuhi.

Rumah tok wan,arwah nenek sebelah ma banyak meninggalkan nostalgia.Rumah di mana kami adik-beradik dibesarkan semasa kecil sebelum berpindah ke rumah baru yang abah bina.Kenangan demi kenangan bermain di fikiran.Arwah tok wan paling rapat denganku.Bunga-bunga melur di tepi rumah arwah menjadi mangsa untuk dijadikan bunga sanggul dariku untuk arwah tok wan.Arwah tok wan klasik sikit orangnya.Senyumannya tak akan kulupakan setelah mendapat kalungan bunga sanggul buatanku.Kini tiada lagi senyuman dan bunga melur sanggul.Yang tinggal kini hanya rumah usang yang tidak berpenghuni,sepi....Pokok-pokok jambu batu pun kini tiada lagi untuk dipanjat.Pokok-pokok jambu di hadapan dan belakang rumah tok wan juga menjadi mangsa bagi melarikan diri dari ma.Aku memang suka memanjat pokok.Sedapnya rasa buah jambu batu dari rumah tok wan,tak ada tandingannya walaupun buah jambu batu dari Kuala Lumpur.I miss you, tok wan.

Arwah tok ayah sebelah ma rajin orangnya.Jenis yang tak reti duduk diam.Sebelum meninggal dunia,arwah sempat menanam pokok nenas seluas setengah ekar di tepi rumah ma.Ma memang rapat dengan arwah ayahnya.Arwah tok ayah memang seorang yang hebat.Aku bersyukur mempunyai arwah datuk yang begitu pandai berdikari.Sewaktu kecil,kami adik-beradik sentiasa dibawa ke ladang tembakau di Kemumin dan tembikai di Kampung Pasir.Kami belajar cara memetik buah tembikai yang masak.Boleh dikatakan,kami tidak perlu ke pasar untuk membeli buah.Semuanya free.Makan tembikai pun mewah.Tiap-tiap hari menggolek buah tembikai.Setiap kali melihat buah tembikai merah dan kuning di pasaran,maka disitulah terbayang arwah tok ayah.

Kini....yang tinggal hanya kenangan yang indah-indah.Lebih berharga dari emas dan permata.Kenangan untuk dikongsi dengan yang masih hidup.Kepada arwah-arwah datuk dan nenekku......al-Fatihah dari cucumu ini......semoga dicucuri rahmat Yang Maha Kuasa...............

Wednesday, August 12, 2009

HARI INI DALAM SEJARAH part 2

Salam and hello again,

Well,today hari kedua course.Jam menunjukkan pukul 5.30 pagi.Hujan lebat di luar jendela.Tiba-tiba lak hujan selebat ini.Namun,dalam hati bersyukur kerana limpahan air hujan turun mencurah-curah.Tapi risau di hati bila hujan,pasti jalan sesak teruk.Walaupun cukup thrill memandu dalam cuaca yang suram dan dilimpahi hujan.Jam kereta sudah melewati pukul 8 pagi,barulah tiba di IPBA.Mencari tempat untuk parking kereta pun susah,lastly park aje dekat parking warden di hostel.
Today,the activities are more on the presentations.We have to act out in the drama.Well,ok le tu.Tomorrow will be the last day for the course. Tomorrow's assignment will be the role play.Berlakon lagi.Well,esok fikir esok le.Yang penting ialah,nak balikkkkkkk.Di luar bilik kuliah,awan mendung menanti dan menunggu saat untuk ..........hujan lebat lagi.Macam tahu lak......meredah hujan lagi.So, as a conclusion, a happy and gloomy day starts and ends with the rain. Rain,rain comes again another day.....

Tuesday, August 11, 2009

HARI INI DALAM SEJARAH part 1

Bertemu kembali.Hari ini hari pertama berkursus ''Drama for enrichment in English Language Teaching" di ELTC,Institut Perguruan Bahasa-bahasa Antarabangsa,Lembah Pantai.Selama tiga hari.Sebelah malam,dah siap-siap search google map untuk ke IPBA walaupun ini merupakan kali kedua ku ke sana.Sesudah menghantar anak-anak ke sekolah,destinasi kursus lak menjadi hala tuju.Kereta di jalanan seperti biasalah,sesak.Jalan Loke Yew menjadi saksi.Dengan selamba Lebuhraya Persekutuan ditempuhi.Tetapi dugaan hari ini cukup menguji kesabaran dimana dalam keadaan berhati-hati,flyover ke IPBA alamak.....salah naik flyover....sepatutnya di depan.Maka,Kerinchi Link here I come.Ayoyo....memang sah tak ada u-turn.Mata asyik meninjau signboard,salah masuk lane pulak.Nasib baik tak dilanggar oleh si kereta Camry hitam.Tol sudah dibayar,kerani tol lak jadi mangsa.Bukan mangsa kena marah.Ramah lak aku bertanya.Kereta lak laju-laju.Redah lak area Mont Kiara.Redah situ and sini.Time lum kul 8 pagi.Hampir 45 minit dalam kereta.Agaknya di traffic light ada u-turn.Betullah tu.Nasib baik,jumpa Jalan Pantai Baharu.Keadaan dah berubah,aikk ada flyover baru lak.

Macam mana ni nak masuk ke jalan sebelah lagi.Ikut sedap hati....alaaaa....masuk lak ke Plaza Pantai....Macam mana nak cross ke UM ni.....Boleh le buat pusingan kat sini......ok....betul.
patut le tak nampak pintu besar IPBA,rupanya terlindung.......At last sampai, about 8.30 a.m.Tak pernah sampai ke tempat kursus selewat ni.Thrill sungguh drive kereta...Nasihatku.....bila bawa kereta area KL,puan-puan dan tuan-tuan ''Sila isi minyak tangki penuh",mana tahu anda akan sesat.

Wednesday, August 5, 2009

Syukur alhamdullilah

Salam,
Hari ini cuaca hujan,syukur kepada yang Maha Pencipta yang satu..Dah lama suasana dingin dan nyaman tak terasa di Kuala Lumpur.Syukur padaMu.Pokok-pokok dedaun hujau pun turut riang mengucapkan kesyukuran.

Tarikh 5 Ogos 2009, hari kelima aku dan anak-anak tak ke sekolah.Sekolah ditutup kerana H1N1.Keadaan cukup berbeza pada zaman dulu-dulu di mana gejala negatif dan keadaan yang sukar diramal tidak pernah menerjah ke ruang minda bahawa perkara sebegini akan berlaku.Manusia sepatutnya lebih menyedari bukan hanyut di alam maya dunia akhir zaman.

Keadaan cuaca yang berjerebu dan tidak mengizinkan untuk keluar berjalan-jalan yang merupakan rutin harian aku dan anak-anakku.Bosannya duduk terperuk di dalam rumah.Suasana bising tukul-menukul dan ketuk-mengetuk dari rumah jiran yang sedang diubahsuai menganggu perhatian kami.Bisingnya dari pagi sehinggalah petang.Suasana ini dapat dirasakan dimana-mana rumah teres.Gelodak hati teringatkan kampung halaman.Anak-anak pun sudah pandai menyuarakan hasrat hati untuk tinggal di kampung.Alasan mereka dapat bermain dan tinggal dekat dengan atuk,nenek dan sepupu-sepupu mereka.Aku faham perasaan mereka.Bersabarlah anak-anakku,ada rezeki kita akan berada di sana.