WELCOME AND ENJOY

Agar kehidupan pada hari ini lebih bermakna pada hari mendatang.......

Monday, November 23, 2009

ANUGERAH ALLAH.......SEGALANYA MUNGKIN

Salam,

Sudah masuk minggu kedua,puteri sulungku asyik risau memikirkan keputusan UPSR.Pelbagai nasihat telahku berikan.Kita tunggu dan lihat.

Tarikh 19 November 2009 (Khamis),keputusan UPSR bakal diumumkan.Berdebar hatiku sebagai seorang ibu.Lebih kurang jam 11 pagi,kami berkumpul di dewan.Pelbagai reaksi ibu bapa,guru dan murid Tahun 6 SKSBS dapat diperhatikan.Aku cuba sebaik mungkin untuk mengawal perasaan. Doaku,biarlah puteriku mendapat yang terbaik memandangkan beliau sudah mencuba yang terbaik.Rajin membuat latihan dan mengulangkaji pelajaran tanpa disuruh kerana aku tahu puteriku suka mengikut 'mood'untuk belajar.

Seramai hanya 29 orang murid sahaja yang berjaya mendapat 5A. Aku terkejut dengan keputusan yang kurang baik berbanding tehun 2008,di mana seramai 56 orang mendapat 5A. Guru-guru kelas dipertanggungjawabkan untuk memanggil nama murid mengikut kelas.Masing-masing memperlihatkan wajah yang berbeza.Majoriti menangis kerana gembira dan duka.

Puteriku menunjukkan reaksi yang serba salah.Aku pun kurang pasti apakah keputusan yang diperolehi. Ayat keramat ini memecah kebuntuan "Mummy,Qistinna dapat 5A."Suaranya seolah tidak gembira.Tetapi itulah kebenarannya.Ya,Allah,SYUKUR!Aku menangis kegembiraan.Puteriku masih lagi tidak percaya.Pada malam itu,barulah puteriku dapat tersenyum gembira.Agaknya baru tersedar dari mimpi yang indah.Terima kasih,Allah.