WELCOME AND ENJOY

Agar kehidupan pada hari ini lebih bermakna pada hari mendatang.......

Monday, November 23, 2009

ANUGERAH ALLAH.......SEGALANYA MUNGKIN

Salam,

Sudah masuk minggu kedua,puteri sulungku asyik risau memikirkan keputusan UPSR.Pelbagai nasihat telahku berikan.Kita tunggu dan lihat.

Tarikh 19 November 2009 (Khamis),keputusan UPSR bakal diumumkan.Berdebar hatiku sebagai seorang ibu.Lebih kurang jam 11 pagi,kami berkumpul di dewan.Pelbagai reaksi ibu bapa,guru dan murid Tahun 6 SKSBS dapat diperhatikan.Aku cuba sebaik mungkin untuk mengawal perasaan. Doaku,biarlah puteriku mendapat yang terbaik memandangkan beliau sudah mencuba yang terbaik.Rajin membuat latihan dan mengulangkaji pelajaran tanpa disuruh kerana aku tahu puteriku suka mengikut 'mood'untuk belajar.

Seramai hanya 29 orang murid sahaja yang berjaya mendapat 5A. Aku terkejut dengan keputusan yang kurang baik berbanding tehun 2008,di mana seramai 56 orang mendapat 5A. Guru-guru kelas dipertanggungjawabkan untuk memanggil nama murid mengikut kelas.Masing-masing memperlihatkan wajah yang berbeza.Majoriti menangis kerana gembira dan duka.

Puteriku menunjukkan reaksi yang serba salah.Aku pun kurang pasti apakah keputusan yang diperolehi. Ayat keramat ini memecah kebuntuan "Mummy,Qistinna dapat 5A."Suaranya seolah tidak gembira.Tetapi itulah kebenarannya.Ya,Allah,SYUKUR!Aku menangis kegembiraan.Puteriku masih lagi tidak percaya.Pada malam itu,barulah puteriku dapat tersenyum gembira.Agaknya baru tersedar dari mimpi yang indah.Terima kasih,Allah.

6 comments:

  1. Tahniah Qistina and go girl.. this is a good take off for her. As mine, she's not that lucky.. the best she can get will let her be in Rancangan Khas classes only. Anyhow, we hope she can do better in her PMR.
    Dia tak frust pun, maybe a little unhappy to be with me next year... argghhh cabaran betul.
    Kalau si abang kami boleh lepas tangan sedikit di SBP, maybe si adik ni .. nak kena observe more kot. Kita hanya berusaha dan selebihnya adalah ketentuan yang Esa.

    ReplyDelete
  2. Kalau you minat nak upgrade you girl dalam education,maybe Is boleh tolong.Tapi kena banyak buat latihan and gerenti dapat A.Dah terbukti...ada testimonial lagi.Nak tahu....nanti kita cerita lebih...lebih...Is pun nak try sebab my son ni suka sangat dok depan komputer....setakat baca buku..naik darah je.So,kalau interested boleh kita cerita panjang-panjang.Untuk masa depan anak-anak.See ya..

    ReplyDelete
  3. Ya.. we're hoping to see changes through out the years. if you have any info or what so ever.. meh kita sok sek .. suspend gak coz she'll be under my watch all the time. Luckily, I dont teach RK for form 1 next year(kalau ikut pilihan mengajar le.), kalau tak maunya cekik darah...

    ReplyDelete
  4. Salam kakak...jgn cepat bergembira dgn 5A yang anak bawa balik ..sebab ramai yang lupa 5A tak de apa untuk masa depannya...pun begitu tidak bermaksud usaha itu sia2...cuma perbetulkan tanggapan...5A tak bermaksud anak kita pandai dan sebaliknya...kita terlalu menilai A dalam diri manusia sedangkan itu bukan pencapaian sebenar...tengok saja sekeliling berapa orang yand dulu dapat A tapi hidup tak jadi orang?? Dewa doakan anak kakak2 semua A dalam semua hal hingga berjaya.

    ReplyDelete
  5. assallammualaikum.....semoga sihat buat member lama sekolej dulu....aku baru tahu jer ada blog mpsp...aku dah ada 2 org cahaya mata...a girl and a boy...this coming august...insyaallah will be one more...hidup ada suka duka..banyak kisah tapi tak terluah...bila jumpa muka2 yg familiar masa zmn muda...baru tahu ada kisah dibelakang kita yang menjadi pedoman kejayaan aku di hari ini...a millions thanx to u guys...sign out...shamshul hashim..

    ReplyDelete
  6. En Dewa ..ordinary wish dari kita yang bergelar ibu dan ayah.
    Harapan agar bermula dari satu permulaan yang baik dan diakhiri dengan yang baik jua.
    Moga kita dikurniakan dengan anak-anak yang soleh dan solehah .. anak-anak yang membahagiakan kita di dunia dan akhirat..

    p/s hari ini keputusan SPM 2009 diumumkan.. tumpang gembira melihat wajah-wajah riang anak2 murid.. sekurang-kurangnya mereka telah mula mencongak masa depan..

    ReplyDelete