WELCOME AND ENJOY

Agar kehidupan pada hari ini lebih bermakna pada hari mendatang.......

Wednesday, November 30, 2011

2011

Tahun ini agak sibuk dengan tugasan sekolah.Taruhan mengajar kelas peperiksaan PMR dan SPM.Banyak yang perlu dipersiapkan memandangkan novel dan format baru Bahasa Inggeris SPM.Cabaran baru....tetapi ini merupakan satu pengalaman baru...hari-hari ditempuh dengan sabar dan azam yang kuat untuk melihat anak-anak didik berjaya di kemudian hari.Terima kasih Allah kerana memberi kekuatan ini.Syukur.
Perjalanan ke sekolah mengambil masa lebih kurang sejam atau lebih, bergantung kepada lalulintas ke Kuala Krai.Tahun kedua berulang-alik ke sekolah, memang memenatkan.Tambahan pula diri mengalami alahan yang teruk sewaktu mengandung.Kesabaran memang penting apatah lagi ketika bulan puasa, seawal 4.00 pagi bangun untuk persiapan sahur dan lepas solat subuh sudah bersiap sedia untuk memandu ke sekolah.Bersyukur kepada Allah kerana dikurniakan keluarga yang memahami keadaan.Kecekalan yang penting.