WELCOME AND ENJOY

Agar kehidupan pada hari ini lebih bermakna pada hari mendatang.......

Sunday, March 7, 2010

KUALA LUMPUR TETAP DIHATI

Hari berganti hari.Terlalu cepat waktu meninggalkan sisa perjalanan hidup di dunia ciptaan Allah.Pelbagai peristiwa suka dan duka sentiasa mengamit perasaan.Kenangan bersama rakan-rakan sekolah, rakan-rakan satu maktab, rakan dan teman satu universiti dan anak-anak didik yang semakin meningkat dewasa.

Pagi yang hening ini memaksaku merenung kembali memori yang lalu.Banyak pengalaman yang telah dilalui.Suka dan duka berada di Kuala Lumpur.Kami sekeluarga masih merindukan bandaraya yang sibuk.Di situlah aku mendirikan mahligai serta beranak tiga.Pengalaman yang sukar dibeli.Semuanya dilalui dengan gembira dan berusaha sedaya upaya untuk berjaya.Kami sekeluarga sangat gembira dan amat bersyukur di atas kurniaan zat pengalaman yang tercurah oleh Yang Berkuasa.

Anak-anak sudah pandai bercakap dialek Kelate.Semua perkataan hendak dicuba.Mengalahkan keluarga yang lain.Tersenyum simpul kami ibubapa.Kehendak Yang Maha Kuasa.Pengalaman baru bagi diri anak-anak.Namun,di sudut hatiku, masih tercuit dengan keletah anak-anak yang masih merindukan Kuala Lumpur.

Hatiku juga masih mendambakan suasana di sekolah lama.Tidak dapat tidak, FB menjadi pengubat rindu.Merindukan gelak ketawa rakan, riuh-rendah anak didik yang tidak pernah reti untuk duduk diam dan keadaan sibuk dengan tugasan yang diberikan.Semuanya masih segar di ingatan.Segalanya terpahat di hati dan perasaan.Terima kasih ALLah kerana memberikan kenangan yang tak mungkin terpadam.....KUALA LUMPUR TETAP DI INGATAN....selagi hayat di kandung badan.