WELCOME AND ENJOY

Agar kehidupan pada hari ini lebih bermakna pada hari mendatang.......

Saturday, June 20, 2015

PUASA PERTAMA TANPANYA DI SISI

Hanya Allah yang maha mengetahui perasaan seorang ibu tanpa anak yang baru belajar hidup sendiri di perantauan. Setiap kali menghitung saat untuk dikecapi apabila Aidil Fitri muncul kembali pada tahun ini.Really missing my daughter......

Saturday, November 17, 2012

DUGAAN 2012

       First....
Pertukaran ke sekolah baru....sangat gembira but new challenges have to be faced.....new surroundings,new adventure and the worst....new hope by the new faces......sekolah baru,lebih dekat.....segalanya tidak mustahil.Mengajar Form 1,4 and 5.Well,syukur sebab pengalaman yang ditempuhi sepanjang kerjaya guru dapat diadaptasikan.Anggapan pelajar..bila guru baru,mulalah sesi ujian....tapi....bersabarlah dengan ejeken yang diterima....ada aku kisah!!!!!!!!Hormatilah sikit guru-guru......Itulah yang terdetik di hati kecil........Aaaahhhhh......lain pula keadaan di sini.....well,kuatkan semangat......Ingat!Niat ikhlas.....

         Second.....
Kesian dan tidak sampai hati melihat hubby sibuk menguruskan pembinaan rumah kami sekeluarga.Umpama membina rumah baru bagi perjalanan hidup di Kuala Lumpur tahun 1996....banyakkan bersabar.....Rasa tak sabar untuk berpindah ke rumah baru...apa tidaknya,semuanya bermula dari A till Z.Urusan lukis plan dengan budget rumah....beli tanah dah cecah RM150,000.Pening juga nak penuhi impian anak-anak ada bilik sendiri.......Syukur,dengan berkat perbincangan bersama....tadaaaaaa....sekarang ni rumah kami dah naik ke tingkat kedua.Hari-hari berada di tapak rumah untuk memantau pembinaan.Walaupun rumah kami comel dan cute...kami cukup berpuas hati.Insyallah....bulan 3 tahun depan,dapatlah kami merasa keseronokan tinggal di rumah sendiri seperti tahun 1996 hingga 2009...rumah di KL.....tapi yang paling seronok and happy coz kali ni dapat penuhi impian ada garden......Itupun salah satu cabaran dalam hidup tahun 2013....plan my own garden.....harap-harap anak dapat bantu mummy.....Thank you all!TQVM to my hubby w/pun dah bertukar warna kulit berpanas di bawah matahari bagi memenuhi our vision for having own house.Luv you!!!!

       Third.....
Anak-anak makin membesar.Risau juga tengok perubahan.Seorang dah jadi anak dara,seorang lagi anak teruna.Begitu teruja......semuanya ada kehendak dan minat tersendiri....Jenuh juga nak melayan karenah mereka.Yang paling risau...anak dara who sat for the PMR 2012.Study lak ikut mood....syukurlah kak long study hard for the last 3 months... berkepit dengan buku.Kita pula rasa terbeban tengok 'drama'...alahai anak.....macam gitulah perangainya masa UPSR dulu....tak habis-habis,sampai ke tua la gamaknya...All the best wahai anak-anakku....

Wednesday, November 30, 2011

2011

Tahun ini agak sibuk dengan tugasan sekolah.Taruhan mengajar kelas peperiksaan PMR dan SPM.Banyak yang perlu dipersiapkan memandangkan novel dan format baru Bahasa Inggeris SPM.Cabaran baru....tetapi ini merupakan satu pengalaman baru...hari-hari ditempuh dengan sabar dan azam yang kuat untuk melihat anak-anak didik berjaya di kemudian hari.Terima kasih Allah kerana memberi kekuatan ini.Syukur.
Perjalanan ke sekolah mengambil masa lebih kurang sejam atau lebih, bergantung kepada lalulintas ke Kuala Krai.Tahun kedua berulang-alik ke sekolah, memang memenatkan.Tambahan pula diri mengalami alahan yang teruk sewaktu mengandung.Kesabaran memang penting apatah lagi ketika bulan puasa, seawal 4.00 pagi bangun untuk persiapan sahur dan lepas solat subuh sudah bersiap sedia untuk memandu ke sekolah.Bersyukur kepada Allah kerana dikurniakan keluarga yang memahami keadaan.Kecekalan yang penting.

Sunday, September 12, 2010

SUKA DAN BENCI

Pelbagai dugaan ditempuhi dalam mengenal erti hidup dan perjuangan. Roda kehidupan tidak akan terhenti selagi nyawa di kandung badan.Dalam menempuh sebulan puasa tersirat perasaan benci yang tidak ingin dicipta,perasaan yang boleh meruntun dan merobek kejiwaan.Itulah dugaan bulan puasa 2010.
Manusia sentiasa lupa akan diri walaupun bulan yang penuh dirahmati datang kembali.Itulah perasaan yang dicipta oleh insan lain terhadap hamba Allah yang maha kerdil.Adakah ini suka atau benci?
Tiada niat pun untuk memutuskan ikatan persaudaraan tetapi kadangkala insan lain lupa untuk mengasihi hamba Allah yang lain.Akibat ketamakan pangkat dan kepentingan diri.Hamba Allah ini menjadi mangsa dalam diam.Amat terguris perasaan ini,sabar masih bertapa di hati.Tiada ucapan benci atau dikhianati.Betapa jahatnya insan lain itu.Sampai hati..............Hormati hamba Allah ini yang lebih dulu mengenal dunia......banyak lagi yang kau perlu dakapi sebelum benci ini menerjah lagi......mungkin kau......aku SUKA DAN BENCI....

Monday, August 2, 2010

My STUDENTS....TRIAL PMR 2010

Today is the second day of the trial PMR 2010.Everything looks natural......the hall with the students......are they enjoying themselves or cracking their 'big head'? Hoping the best for their future....at least from E to D in English. Pity them, I must be the crazy English teacher to teach them with forceful momentum........everything must be up ahead for Paper 1 and 2. Tension comes to mind... They shout from the stairs ......Susohnya teacher.....My answer,OK. I've checked the answer sheets....well done....at least they answered the questions.....not leaving the paper empty (Paper 2)...Syukur....

For Form 3 Ehsan & 3 Gigih.....the best of hope ......always.....

Myspace Calendars, Flowers Calendars at WishAFriend.com

Wednesday, July 28, 2010

LAIN DULU LAIN SEKARANG

Minggu yang terlalu sibuk. Masa dihabiskan dengan menyempurnakan aktiviti sekolah yang begitu padat.Bengkel Bahasa Inggeris Pelajar-pelajar HALUS Ting. 3,Hari KOPERASI,jadual waktu anjal dan pelbagai aktiviti yang tidak tertanggung oleh akal fikiran dan jasad tubuhku.

Keluhan pun tidak mungkin mampu menahan panahan dugaan demi dugaan yang datang.Hanya kesabaran dan kemampuan diri yang menjadi penguat semangat.Kalau dulu kerja yang seberat mana pun mampu ditanggung, tetapi sekarang sudah menjadi rutin hidup sebagai seorang guru......niat yang ikhlas tetap terpahat di hati walaupun seberat mana pun kerja yang digalas. Aktiviti yang tidak pernah dirancang tetap datang menerpa. Tidak boleh kata tidak.......semua dilaksanakan mengikut perancangan 'last minute'. Betapa kecewanya hati ini ..... bagai mencurah air ke daun keladi..... hasilnya selalu mengecewakan.......tiada kepuasan........ Ya ALLAH ....inilah dugaan pada tahun ini.........beginilah corak kehidupan seorang guru di SINI...TAHUN ini......

Harapan pada tahun mendatang akan lebih cerah.........di tempat baru,tahun baru,suasana baru.......Insyallah........ lain dulu lain sekarang

Thinking about those sweet memories........from 1994 till Nov 2009, shouting.......We are the great teachers!!!!!!!! Dec 2009 till now..... makes me wonder.........Are we robots????????