WELCOME AND ENJOY

Agar kehidupan pada hari ini lebih bermakna pada hari mendatang.......

Sunday, September 12, 2010

SUKA DAN BENCI

Pelbagai dugaan ditempuhi dalam mengenal erti hidup dan perjuangan. Roda kehidupan tidak akan terhenti selagi nyawa di kandung badan.Dalam menempuh sebulan puasa tersirat perasaan benci yang tidak ingin dicipta,perasaan yang boleh meruntun dan merobek kejiwaan.Itulah dugaan bulan puasa 2010.
Manusia sentiasa lupa akan diri walaupun bulan yang penuh dirahmati datang kembali.Itulah perasaan yang dicipta oleh insan lain terhadap hamba Allah yang maha kerdil.Adakah ini suka atau benci?
Tiada niat pun untuk memutuskan ikatan persaudaraan tetapi kadangkala insan lain lupa untuk mengasihi hamba Allah yang lain.Akibat ketamakan pangkat dan kepentingan diri.Hamba Allah ini menjadi mangsa dalam diam.Amat terguris perasaan ini,sabar masih bertapa di hati.Tiada ucapan benci atau dikhianati.Betapa jahatnya insan lain itu.Sampai hati..............Hormati hamba Allah ini yang lebih dulu mengenal dunia......banyak lagi yang kau perlu dakapi sebelum benci ini menerjah lagi......mungkin kau......aku SUKA DAN BENCI....

Monday, August 2, 2010

My STUDENTS....TRIAL PMR 2010

Today is the second day of the trial PMR 2010.Everything looks natural......the hall with the students......are they enjoying themselves or cracking their 'big head'? Hoping the best for their future....at least from E to D in English. Pity them, I must be the crazy English teacher to teach them with forceful momentum........everything must be up ahead for Paper 1 and 2. Tension comes to mind... They shout from the stairs ......Susohnya teacher.....My answer,OK. I've checked the answer sheets....well done....at least they answered the questions.....not leaving the paper empty (Paper 2)...Syukur....

For Form 3 Ehsan & 3 Gigih.....the best of hope ......always.....

Myspace Calendars, Flowers Calendars at WishAFriend.com

Wednesday, July 28, 2010

LAIN DULU LAIN SEKARANG

Minggu yang terlalu sibuk. Masa dihabiskan dengan menyempurnakan aktiviti sekolah yang begitu padat.Bengkel Bahasa Inggeris Pelajar-pelajar HALUS Ting. 3,Hari KOPERASI,jadual waktu anjal dan pelbagai aktiviti yang tidak tertanggung oleh akal fikiran dan jasad tubuhku.

Keluhan pun tidak mungkin mampu menahan panahan dugaan demi dugaan yang datang.Hanya kesabaran dan kemampuan diri yang menjadi penguat semangat.Kalau dulu kerja yang seberat mana pun mampu ditanggung, tetapi sekarang sudah menjadi rutin hidup sebagai seorang guru......niat yang ikhlas tetap terpahat di hati walaupun seberat mana pun kerja yang digalas. Aktiviti yang tidak pernah dirancang tetap datang menerpa. Tidak boleh kata tidak.......semua dilaksanakan mengikut perancangan 'last minute'. Betapa kecewanya hati ini ..... bagai mencurah air ke daun keladi..... hasilnya selalu mengecewakan.......tiada kepuasan........ Ya ALLAH ....inilah dugaan pada tahun ini.........beginilah corak kehidupan seorang guru di SINI...TAHUN ini......

Harapan pada tahun mendatang akan lebih cerah.........di tempat baru,tahun baru,suasana baru.......Insyallah........ lain dulu lain sekarang

Thinking about those sweet memories........from 1994 till Nov 2009, shouting.......We are the great teachers!!!!!!!! Dec 2009 till now..... makes me wonder.........Are we robots????????

Sunday, March 7, 2010

KUALA LUMPUR TETAP DIHATI

Hari berganti hari.Terlalu cepat waktu meninggalkan sisa perjalanan hidup di dunia ciptaan Allah.Pelbagai peristiwa suka dan duka sentiasa mengamit perasaan.Kenangan bersama rakan-rakan sekolah, rakan-rakan satu maktab, rakan dan teman satu universiti dan anak-anak didik yang semakin meningkat dewasa.

Pagi yang hening ini memaksaku merenung kembali memori yang lalu.Banyak pengalaman yang telah dilalui.Suka dan duka berada di Kuala Lumpur.Kami sekeluarga masih merindukan bandaraya yang sibuk.Di situlah aku mendirikan mahligai serta beranak tiga.Pengalaman yang sukar dibeli.Semuanya dilalui dengan gembira dan berusaha sedaya upaya untuk berjaya.Kami sekeluarga sangat gembira dan amat bersyukur di atas kurniaan zat pengalaman yang tercurah oleh Yang Berkuasa.

Anak-anak sudah pandai bercakap dialek Kelate.Semua perkataan hendak dicuba.Mengalahkan keluarga yang lain.Tersenyum simpul kami ibubapa.Kehendak Yang Maha Kuasa.Pengalaman baru bagi diri anak-anak.Namun,di sudut hatiku, masih tercuit dengan keletah anak-anak yang masih merindukan Kuala Lumpur.

Hatiku juga masih mendambakan suasana di sekolah lama.Tidak dapat tidak, FB menjadi pengubat rindu.Merindukan gelak ketawa rakan, riuh-rendah anak didik yang tidak pernah reti untuk duduk diam dan keadaan sibuk dengan tugasan yang diberikan.Semuanya masih segar di ingatan.Segalanya terpahat di hati dan perasaan.Terima kasih ALLah kerana memberikan kenangan yang tak mungkin terpadam.....KUALA LUMPUR TETAP DI INGATAN....selagi hayat di kandung badan.