WELCOME AND ENJOY

Agar kehidupan pada hari ini lebih bermakna pada hari mendatang.......

Wednesday, August 5, 2009

Syukur alhamdullilah

Salam,
Hari ini cuaca hujan,syukur kepada yang Maha Pencipta yang satu..Dah lama suasana dingin dan nyaman tak terasa di Kuala Lumpur.Syukur padaMu.Pokok-pokok dedaun hujau pun turut riang mengucapkan kesyukuran.

Tarikh 5 Ogos 2009, hari kelima aku dan anak-anak tak ke sekolah.Sekolah ditutup kerana H1N1.Keadaan cukup berbeza pada zaman dulu-dulu di mana gejala negatif dan keadaan yang sukar diramal tidak pernah menerjah ke ruang minda bahawa perkara sebegini akan berlaku.Manusia sepatutnya lebih menyedari bukan hanyut di alam maya dunia akhir zaman.

Keadaan cuaca yang berjerebu dan tidak mengizinkan untuk keluar berjalan-jalan yang merupakan rutin harian aku dan anak-anakku.Bosannya duduk terperuk di dalam rumah.Suasana bising tukul-menukul dan ketuk-mengetuk dari rumah jiran yang sedang diubahsuai menganggu perhatian kami.Bisingnya dari pagi sehinggalah petang.Suasana ini dapat dirasakan dimana-mana rumah teres.Gelodak hati teringatkan kampung halaman.Anak-anak pun sudah pandai menyuarakan hasrat hati untuk tinggal di kampung.Alasan mereka dapat bermain dan tinggal dekat dengan atuk,nenek dan sepupu-sepupu mereka.Aku faham perasaan mereka.Bersabarlah anak-anakku,ada rezeki kita akan berada di sana.

2 comments:

  1. Salam,
    Welcome to the world of blogging. Kami dah buat link ke blog MPSP.
    Kena berkurung ye.. for us kat Mlaka ni. Things are getting worst. Everyone is staying at home, skolah masih macam biasa though ramai yg sakit dan demam2.
    Pergi keluar mana-manapun hanya kami berdua je.

    ReplyDelete
  2. Salam,
    Sebenarnya,tak pandai sangat buat blog.Masa sambung degree dulu,ada la tuntut ilmu sikit.Tapi dah lupa.Walaubagaimanapun,ini baru peringkat beginner,masih jauh lagi perjalanan.Tapi,ok le kot untuk main pakai godek,cuba jaya le katakan.Kalau tak cuba,tak tau le sampai ke tua.
    Bukannya apa,teringat masa study dulu,we had to write at least an entry for a journal writing perday.That's why....well to express the internal feelings and the brand new experiences.Bukan semua orang mahu meluahkan perasaan especially melalui mata pena.
    Anyway thanks to you for the right choice of blogging.A new start.

    ReplyDelete