WELCOME AND ENJOY

Agar kehidupan pada hari ini lebih bermakna pada hari mendatang.......

Wednesday, October 14, 2009

PMR 2009

Hari-hari yang memenatkan.Bernasib baik kerana sekolah tempat pengawasan agak dekat dengan rumah,walaupun menghantar anak-anak seawal pagi sebelum ke pengawasan PMR.

Terdapat 2 orang calon yang ditempatkan di bilik isolasi.Seorang dijangkiti chicken pox dan seorang lagi demam.Kami bertujuh mengambil giliran berada di situ.Calon-calon lain ditempatkan di dewan dan bagi OKU mereka berada dalam bilik yang berasingan.

Keadaan terkawal sepanjang tempoh PMR.Beberapa pemerhatian dapat dibuat sepanjang menjadi pengawas PMR.Pertama,calon-calon dapat dibahagikan kepada 2 peringkat yang berbeza.Yang rela menunggu sehingga tamat masa exam,dan yang lain-lain telah berjanji dengan geng masing-masing tempoh masa untuk meninggalkan dewan.Bagi isyarat ketua bangun,yang lain pasti menyusul.

Telatah dan karenah yang kedua ialah masuk lambat ke dewan.Ini adalah kebiasaan bagi calon-calon terutama di sebelah petang.Tempat lepak ialah di JUSCO yang terletak berhampiran dengan sekolah.Bila ditegur buat muka tak bersalah.Yang paling menjadi ialah walaupun masuk lewat,tetapi tetap keluar awal.Inikah sikap generasi akan datang,bakal pemimpin negara?Dimanakah silapnya?

Monday, October 5, 2009

Satu kemestian

Kehidupan seorang guru tidak boleh lari dari menjadi seorang pengawas peperiksaan.Inilah dikatakan asam garam hidup.Walaupun hati berkata tidak.

Segalanya mungkin,walaupun hati sudah cemuh dan bosan.Bukan duit yang dipentingkan.Kerja bertimbun di sekolah ditinggalkan.Hati meronta untuk menyiapkan kerja,tetapi tugas lain dulu yang mesti didahulukan.ingat lagi kata seorang guru...kita guru-guru perempuan...bukan sahaja gurulogi...dapurlogi,keretalogi,kainlogi,penyapulogi,pingganlogi,lantailogi....banyak betul logi...