WELCOME AND ENJOY

Agar kehidupan pada hari ini lebih bermakna pada hari mendatang.......

Monday, September 14, 2009

UPSR

Lebih kurang seminggu telah berlalu,Hasha Qistinna telah menduduki UPSR.Tak dapat digambarkan,betapa resahnya hati seorang ibu memikirkan pengalaman puteri sulung untuk melepasi ujian penting peringkat sekolah rendah.Malam sebelum UPSR mataku seakan degil untuk dilelapkan.Berjaga malam dan berfikir panjang.Apa-apapun,alhamdullilah segalanya berjalan lancar.

Hari ini mendapat 'complain' ikhlas,"Mummy,boringnya gi sek,cikgu tak mengajar."Fahamlah aku bagaimana perasaan itu.Tak terjumpa lak cikgunya untuk menanyakan aktiviti-aktiviti selepas UPSR.Seingatku semasa mengajar di sekolah rendah,penyelaras dan cikgu-cikgu Tahun 6 bertungkus lumus untuk menyempurnakan tugasan yang telah diberikan supaya setiap saat masa berlalu dapat diisi dengan sepenuhnya.Buat puteriku,sabarlah,mungkin cikgu-cikgumu belum lagi menjalankan aktiviti yang sepatutnya.

Sekejapnya waktu berlalu,belum pun puas menaip bait-bait ayat,sudah sampainya waktu untuk menjemput puteraku dari kelas fardhu ain dan puteri bongsuku dari TASKA.Waktu terluang dihabiskan di depan komputer yang seringkali menjadi rakan karib.

Friday, September 4, 2009

PERISTIWA SEMALAM

Ramadhan datang lagi.Pelbagai perancangan bermain di dalam minda.Berserabut pun ada,sedih pun ada.Sedih bila terkenangkan arwah-arwah datuk dan nenek yang sentiasa dirindui.Arwah datuk sebelah abah banyak mengajar dan memberi nasihat.Aku masih teringat pesanan arwah supaya rajin belajar.Begitu sayangnya pada cucu sulungnya ini.Aku rindu saat bercuti di rumah arwah yang terletak di Paya Purnama di Wakaf Mek Zainab,Kota Bharu.Waktu pagi merupakan waktu yang paling ditunggu.Segala permintaan cucu-cucu arwah sentiasa dipenuhi.Tugas ke pasar seawal pagi merupakan kebiasaan arwah.Kesukaanku...jagung rebus sentiasa tidak dilupakan.Terima kasih,tok ayah.Semasa arwah menghembuskan nafas kami sekeluarga ada bersama.Sebegitu cepat arwah meninggalkan kami.Belum puas bercerita panjang.

Semalam,mimpikan arwah nenek sebelah abah.Sampai mengalirkan air mata.Aku sendiri tak terkata.Dirasakan arwah masih lagi hidup.Dalam mimpi,masih sempat bercakap-cakap.Aku sendiri tak mengerti maksud mimpi ini.Arwah tok mek memberikanku buah labu untuk dibuat sira.Banyak betul labu yang diberikan.Dalam mimpi masih lagi tergambar dapur rumah tok mek.Di atas para-para,diambilnya buah-buah labu untuk diberikan kepadaku.Masih terkilan kerana semasa arwah meninggal dunia,kami sekeluarga tidak sempat pulang ke Kelantan.Pesanan abah supaya kami tidak perlu pulang,memikirkan perjalanan jauh yang perlu ditempuhi.

Rumah tok wan,arwah nenek sebelah ma banyak meninggalkan nostalgia.Rumah di mana kami adik-beradik dibesarkan semasa kecil sebelum berpindah ke rumah baru yang abah bina.Kenangan demi kenangan bermain di fikiran.Arwah tok wan paling rapat denganku.Bunga-bunga melur di tepi rumah arwah menjadi mangsa untuk dijadikan bunga sanggul dariku untuk arwah tok wan.Arwah tok wan klasik sikit orangnya.Senyumannya tak akan kulupakan setelah mendapat kalungan bunga sanggul buatanku.Kini tiada lagi senyuman dan bunga melur sanggul.Yang tinggal kini hanya rumah usang yang tidak berpenghuni,sepi....Pokok-pokok jambu batu pun kini tiada lagi untuk dipanjat.Pokok-pokok jambu di hadapan dan belakang rumah tok wan juga menjadi mangsa bagi melarikan diri dari ma.Aku memang suka memanjat pokok.Sedapnya rasa buah jambu batu dari rumah tok wan,tak ada tandingannya walaupun buah jambu batu dari Kuala Lumpur.I miss you, tok wan.

Arwah tok ayah sebelah ma rajin orangnya.Jenis yang tak reti duduk diam.Sebelum meninggal dunia,arwah sempat menanam pokok nenas seluas setengah ekar di tepi rumah ma.Ma memang rapat dengan arwah ayahnya.Arwah tok ayah memang seorang yang hebat.Aku bersyukur mempunyai arwah datuk yang begitu pandai berdikari.Sewaktu kecil,kami adik-beradik sentiasa dibawa ke ladang tembakau di Kemumin dan tembikai di Kampung Pasir.Kami belajar cara memetik buah tembikai yang masak.Boleh dikatakan,kami tidak perlu ke pasar untuk membeli buah.Semuanya free.Makan tembikai pun mewah.Tiap-tiap hari menggolek buah tembikai.Setiap kali melihat buah tembikai merah dan kuning di pasaran,maka disitulah terbayang arwah tok ayah.

Kini....yang tinggal hanya kenangan yang indah-indah.Lebih berharga dari emas dan permata.Kenangan untuk dikongsi dengan yang masih hidup.Kepada arwah-arwah datuk dan nenekku......al-Fatihah dari cucumu ini......semoga dicucuri rahmat Yang Maha Kuasa...............